Monday, 15 August 2011

muhasabah diri dalam bulan RAMADHAN..

“Barangsiapa yang menyingkap aib keburukan@dosa saudaranya yang Muslim, Allah akan menyingkap keburukannya sehingga dia akan terhina meskipun di rumahnya sendiri.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)daripada Ibnu Abbas.

Serta; “Barangsiapa yang mencemuh saudaranya yang Muslim kerana dosa yang pernah dilakukan oleh saudaranya itu, maka orang itu tidak akan mati sebelum melakukan dosa.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)daripada Muadz bin Jabal.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana
mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan
zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan
sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya
sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan
Ibnu Hibbad)

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim”


jadi inginlah saya mengingatkan bahawa semua hadith di atas ini berkaitan.. bermula daripada MENGUMPAT mengenai AIB seseorang seterusnya diketahui oleh mangsa maka TERPUTUSLAH HUBUNGAN PERSAUDARAAN/SILATURAHIM seseorang itu.

berdosa dengau Tuhan maka teruslah bertaubat nescaya diampunkan, tetapi berdosa sesama umat hendaklah meminta daripada tuan punya badan.. jika tidak diampunkan??? bermulalah cerita2 tidak enak yang sering dikeluarkan di dalam MASTIKA dan sebagainya..

terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata hilang saudara.

i never take care any of your own business so just walk away from my life.. or else you will know the causes.. i know all this things already a long past tragedy happens to people in my life.. but sory la kak salah orang la klau jumpa saya..

dnt ever bother others. but care your own business life and family. (orang sibuk perbaiki hidup masing2 dalam bulan RAMADHAN. ade juga orang sibuk merosakkan hidup.)